Remaja Islam Dalam Sebuah Negara Merdeka

Golongan remaja mewakili peratusan tertinggi penduduk di Malaysia. Peranan dan tanggungjawab remaja sebagai generasi pemimpin pada masa akan datang sesungguhnya memberi impak yang besar kepada pembangunan negara.

Golongan remaja di Malaysia biasanya terdiri dari kumpulan umur antara 14-21 tahun. Dalam hal ini, ahli-ahli sains sosial mempunyai pandangan yang berbeza dalam mengkategorikan had umur mereka.

Walau bagaimanapun, di peringkat ini, cabaran dari sudut sikap dan perilaku mereka sering kali dianggap negatif dan memudaratkan.

Malah pada masa yang sama masyarakat juga telah menghukum mereka sebagai golongan yang mendatangkan masalah kepada negara dan juga telah mencemarkan nama negara Malaysia yang telah merdeka.

Apakah maksud kemerdekaan? Menurut Kamus Dewan, merdeka membawa maksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

Dalam hal ini, jika kita menelusuri data-data mengenai penglibatan remaja kita dalam masalah sosial sangat membimbangkan. Adakah ini mencerminkan ciri-ciri remaja dalam sebuah negara merdeka?

Remaja Islam sebenarnya mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat dan negara.

Ini berdasarkan hak yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada setiap diri insan sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”. (al Isra: ayat 70)

Untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut marilah kita renungkan dan hayati isu-isu yang melibatkan golongan remaja kita pada hari ini terutamanya remaja Islam.

Penagihan dadah serta pil Ecstasy

Sebanyak 45 peratus golongan penagih dadah didapati mula terlibat secara tidak aktif sewaktu zaman persekolahan.

Perangkaan tahun 1996 menunjukkan 71 peratus remaja di antara usia 13 hingga 18 tahun sudah mula menghisap rokok, 80 peratus penagih bermula dengan merokok dan kemudian menghisap ganja, mengambil pil khayal dan seterusnya menagih dadah yang lebih berbahaya. (Lokman Moidin, “Prihatin kepada remaja untuk masa depan negara”).

Ada sesetengah daripada remaja pada hari ini menghidu gam, minum air daun ketum atau dikenali sebagai `air biak’, ganja serta menghisap pit.

Pada tahun 1997 sahaja, kementerian mendapati 16.7 peratus remaja kita merokok. ”Kaki minum di kalangan remaja kita pada tahun 1996 sahaja sebanyak 9.0 peratus. (Datuk Dr. Chua Jui Meng, “Gejala sosial bawa kemudaratan — Kesihatan remaja berada pada tahap membimbangkan”, 1998).

Manakala pengambilan Pil ecstasy di kalangan remaja juga semakin membimbangkan. Ini berdasarkan kepada siri penangkapan remaja-remaja di pusat hiburan mendapati pil-pil ecstasy boleh didapati dengan mudah di sana.

Remaja harus menyedari bahawa pil ini sangat merbahaya dan merosakkan kesihatan individu yang mengambilnya.

Menurut Dr. Mazlan Mahmud, Pakar Perubatan Penagihan, Jabatan Psikiatri Hospital Muar, Johor (Utusan Malaysia, 2002) mengatakan, Pil ini mengandungi dadah amfetima yang boleh merencat bahagian otak yang mengawal nafsu makan.

Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami kurang selera makan. Selain daripada itu, Pil ecstasy juga akan menyebabkan seseorang menjadi lebih aktif pada peringkat awal pengambilan dan ini akan menyebabkan berat badan individu terbabit menurun mendadak.

Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya individu tersebut berhenti daripada mengambil pil itu.

Dalam masa beberapa minggu selepas itu, individu tersebut akan menjadi letih, banyak tidur, berasa runsing, susah hati dan kuat makan.

Pada masa ini pula seseorang individu akan mengalami peningkatan berat badan secara mendadak dan keadaan ini akan mendorong individu itu mengambil pil ecstasy semula sehingga menyebabkannya terjebak dengan penagihan.

Untuk pengetahuan umum, Pil ecstasy juga boleh menyebabkan peningkatan perasaan seksual seseorang. Mereka akan berasa lebih seronok dan berahi.

Malah nafsu seks mereka boleh menjadi tidak terbatas iaitu mereka tidak berasa takut untuk melakukan seks secara rambang atau mendapat penyakit berjangkit.

Seks Bebas

Menurut Dr. Maryani Md. Nor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), seks bebas boleh diterjemahkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan nikah yang sah kini menjadi isu serius yang melanda remaja masa kini.(Rosmah Dain, “Seks Bebas – Isu Serius Melanda Remaja Malaysia”).

Keadaan ini ada kaitannya dengan penyebaran teknologi maklumat yang begitu berleluasa serta ditambah pula dengan iman yang rapuh dalam diri para remaja islam pada hari ini.

Fenomena video lucah, serta bahan-bahan bacaan lucah begitu mudah didapati di pasaran.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga tidak kurang hebatnya. Harus disedari bahawa perlakuan seks bebas merupakan perbuatan yang diharamkan dalam Islam.

Oleh itu, di dalam Islam bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan, Islam menggalakkan umatnya menggunakan saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana negara seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya dan juga negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun.

“Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah”.

Halijah berkata, antara sebab-sebab mengapa remaja di negara ini terdorong terlibat dalam hubungan seks bebas ialah akibat permintaan dan `godaan’ yang lebih banyak dan kompleks berbanding remaja pada generasi lalu.

Di samping itu, pengaruh daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya.

Dalam pada itu, pengaruh persekitaran yang begitu kondusif turut menggalakkan perlakuan seksual seperti itu. Kehidupan anak-anak yang terlalu terkongkong atau tidak rapat dengan ibu bapa atau keluarga, boleh menyebabkan anak-anak ingin meneroka sesuatu yang negatif.

Selain itu kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Halijah berkata, antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan.

Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian.

Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan,” katanya.

Hubungan seks bebas juga membawa risiko penyakit kelamin. Menurut anggaran WHO, setiap tahun, seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin yang mana daripada sejumlah 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah 25 tahun.

Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan peningkatan kepada risiko keguguran di kalangan remaja yang masih mentah yang bukan sahaja membahayakan nyawanya juga paling tidak selamat ialah akan meningkatnya kes penyakit kelamin dan berjangkit seperti gonorea, sifilis dan lebih berbahaya iaitu AIDS.

Antara punca yang dikenal pasti berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya ilmu pengetahuan tentang penjagaan kesihatan berhubung tentang seks di kalangan remaja dan juga pengamal perubatan yang tidak mahir.

Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan Negara (bawah Kementerian Kesihatan) memperlihatkan bahawa penglibatan remaja dalam hubungan seks di luar perkahwinan di Malaysia adalah 1.8 peratus pada tahun 1996.

“Jumlah yang paling tinggi adalah di kalangan pelajar perempuan iaitu 2.5 peratus berbanding dengan pelajar lelaki hanya 1.2 peratus sahaja”.

Jenayah

Walaupun Malaysia pada hari ini telah pun menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50, namun timbul persoalan adakah negara kita sudah bebas sepenuhnya daripada kegiatan jenayah yang sememangnya tidak wujud lagi dalam sebuah negara yang merdeka.

Malahan kejadian jenayah di Malaysia pada hari ini semakin menjadi-jadi. Pembunuhan kejam berlaku di sana sini, samun, pecah rumah, rogol dan sebagainya.

Penglibatan para remaja dalam kegiatan jenayah juga sangat membimbangkan. Hasil kajian yang dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengenai pembabitan remaja Melayu di ibu kota dalam kejadian jenayah sungguh mengejutkan.

Ini kerana remaja Melayu seakan menjadi jaguh dalam kebanyakan kategori jenayah yang berlaku di ibu negara sama ada yang dilapor atau tidak oleh media massa negara ini.

Kajian itu merumuskan bahawa remaja Melayu begitu lemah dan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk keseronokan.

Ini menunjukkan bahawa betapa rapuhnya iman remaja pada hari ini sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar batasan kemanusiaan.

Remaja dan Black Metal

Dalam kesibukan negara hendak menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia, Malaysia sekali lagi dikejutkan oleh pendedahan wujudnya pengaruh Black Metal di kalangan pelajar sekolah, menengah dan ada diantaranya adalah daripada golongan professional.

Apa yang lebih memeranjatkan banyak pihak, budaya negatif ini bukan sahaja berlaku di sekolah menengah sahaja, malahan ada murid-murid sekolah rendah juga dilaporkan terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini.

Dalam era globalisasi, teknologi maklumat merupakan satu komponen globalisasi itu sendiri yang sangat dominan dan paling berpengaruh.

Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini bukan sahaja mendatangkan impak yang bermanfaat, malahan turut sama menyebar luaskan unsur-unsur yang tidak sihat seperti pengaruh Black Metal ini.

Perbuatan seperti membakar Al-Quran, kencing atas Al-Quran, meminum darah kambing hitam, tidak sedarkan diri, mendengar muzik dan lagu yang tiada mesej dan bermacam-macam lagi.

Apakah ini bentuk kehidupan remaja Islam kini? Sehingga sanggup memperlekehkan kemuliaan Al-Quran.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pengaruh Black Metal lebih dahsyat dari pengaruh budaya rock, punk, hippies, skin head dan banyak lagi yang kesemuanya diimport dari barat.

Di manakah erti kemerdekaan kepada muda-mudi Islam ini jika mereka masih terpengaruh dengan budaya karut marut tersebut.

Remaja dan Masalah Buli

Dalam sebuah negara merdeka, setiap rakyat tidak kira tua atau muda perlu mempunyai rasa kekitaan dan sayang menyayangi di antara satu sama lain.

Setiap warganegara perlu ada kesedaran terhadap hak-hak orang lain. Justeru itu, fenomena buli membuli dalam masyarakat Malaysia tidak seharusnya berlaku.

Realitinya dalam masyarakat kita pada hari ini, khususnya para remaja begitu sinonim dengan kejadian buli khususnya remaja sekolah. Lihat sahajalah beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini.

Kejadian di Persiaran Gurney, Pulau Pinang bukan sahaja memilukan malah telah menyebabkan seluruh masyarakat marah.

Keluarga mangsa menjadi trauma akibat kejadian tersebut sehingga tidak akan memaafkan mereka yang menyebabkan kematian Allahyarham Asrin Mohsin.

Apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan mangsa buli ini pula tidak berani tampil untuk mendedahkan kejadian buli yang berlaku sama ada kepada ibu bapa atau pihak sekolah.

Keadaan ini menyukarkan lagi usaha pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah buli dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan pembuli semakin berleluasa.

Apakah yang menyebabkan remaja sekolah ini menjadi semakin liar, ganas sehingga sanggup membunuh rakan sendiri? Siapakah yang perlu dipersalahkan masyarakat, guru atau ibu bapa?

Remaja dan Lari dari Rumah

Sejak tahun 2003, dilaporkan sebanyak 16,020 orang remaja bawah umu 17 tahun lari dari rumah. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9,415 orang telah dijumpai semula.

Kebanyakan gadis-gadis bawah umur ini lari dari rumah atas factor mengikut teman lelaki dan juga tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa mereka.

Statistik polis mendedahkan sebanyak 2,540 lari bersama teman lelaki, 1,857 terpengaruh dengan rakan, 1,592 lari kerana masalah keluarga dan 1,371 lari kerana mahukan kebebasan.

Daripada jumlah tersebut, remaja Melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10,489 kes berbanding dengan bangsa lain.

Bagi remaja Melayu faktor utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah disebabkan oleh pengaruh rakan manakala remaja Cina disebabkan oleh masalah keluarga.

Remaja dan Idola Popular

Masyarakat Islam selalunya merujuk kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w sebagai rujukan sama ada dari segi amalan, kelakuan atau dikatakan sebagai cara hidup.

Tanpa disedari mereka sebenarnya telah menjadikan junjungan mulia sebagai idola. Manakala kita sebagai masyarakat Islam Malaysia yang hidup dalam sebuah negara merdeka, tidak ramai yang menjadikan tokoh-tokoh pejuang negara sebagai idola.

Mengapakah kita tidak berminat untuk menjadi seperti mereka yang telah berjuang bermati-matian mempertahankan negara sehingga kita dapat melepaskan diri dari belenggu penjajahan.

Apa yang berlaku dalam masyarakat kita khususnya remaja Islam masa kini meminati artis pujaan mereka dan sekaligus menjadikan artis tersebut sebagai idola mereka tanpa mengambil kira apakah sumbangan artis tersebut kepada negara dan agama.

Apakah nilai-nilai murni artis tersebut yang boleh dijadikan tauladan. Apa yang mereka tahu sekadar meminati nyanyian atau lakonan artis sahaja.

Begitu sempit pemikiran remaja Islam pada hari ini. Siapa sebenarnya yang layak menjadi idola kepada remaja-remaja ini? Tokoh korporat, negarawan, sasterawan, ahli sukan atau artis yang berada dalam lingkungan budaya popular?

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan remaja Islam seratus peratus kerana jika diperhatikan sama ada di media cetak atau media elektronik, pendedahan mengenai perjuangan atau peranan cerdik pandai Islam, negarawan, sasterawan atau golongan ahli korporat kurang didedahkan.

Apa yang mendominasi media cetak dan elektronik masa kini adalah kehidupan golongan artis dan cerita-cerita hiburan semasa yang banyak melalaikan remaja dan mempengaruhi remaja untuk hidup dalam dunia glamour sebagai seorang artis.

Remaja dan Sambutan Kemerdekaan

Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan warga kota yang ingin menyambut detik-detik bersejarah menjelangnya 31 Ogos. Masing-masing begitu sabar menunggu detik 12 tengah malam yang menyaksikan kejayaan negara membebaskan diri daripada cengkaman penjajah.

Apabila tiba detik 12 malam, percikan bunga api pun dinyalakan, acara hiburan yang berbentuk konsert serta parti-parti anjuran individu atau kafe-kafe di ibukota mula beroperasi bagi memeriahkan lagi malam sambutan kemerdekaan.

Tidak cukup dengan itu ada yang mengadakan pesta seks, pesta arak, rempit, berkaraoke sampai pagi, berpeleseran, dan sebagainya. Siapa yang paling ramai terlibat? Sudah tentulah golongan remaja Islam.

Inilah senario yang berlaku saban tahun di Malaysia. Sungguh berlainan sekali dengan masyarakat zaman dulu yang menyaksikan percikan api peluru musuh, masyarakat kini menyaksikan percikan bunga api sebagai satu kejayaan.

Walau apapun sambutan yang dibuat, bagi masyarakat Malaysia masa kini, pengisian malam kemerdekaan mesti disertakan dengan acara hiburan.

Malahan acara hiburan begitu mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat, berbanding ceramah kemerdekaan atau menonton dokumentari berkaitan jerih perih penjajahan.

Bagi golongan remaja khususnya remaja Islam, itulah caranya mereka mengisi kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini.

Golongan remaja Islam misalnya merupakan golongan yang paling ramai menunjukkan sokongannya terhadap program-program pengisian sambutan kemerdekaan seperti tadi.

Bagi mereka, itulah penghayatan erti kemerdekaan tanpa mengetahui bahawa sambutan kemerdekaan bukan sekadar laungan penuh semangat tetapi diri mereka juga perlu tampil dalam pakej lengkap sebagai anak bangsa yang merdeka.

Apa yang membimbangkan ialah jika anak-anak muda ini terus hanyut dibawa arus kealpaan dan terpengaruh dengan budaya asing, siapa yang akan mempertahankan negara suatu hari nanti?

Cara yang terbaik dalam menangani sesuatu masalah adalah dengan adanya gabungan beberapa faktor yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Antara cara yang paling utama dalam menangani sesuatu masalah yang dianjurkan oleh Islam adalah melalui pengukuhan ikatan akidah.

Ikatan akidah menuntut kita supaya meyakini bahawa Tuhan sekalian alam ialah Allah S.W.T yang maha berkuasa ke atas makhluknya.

Segala perintah dan suruhan Tuhan wajib ditaati. Dia yang Maha Mengetahui. Melalui ikatan akidah juga, kita tahu dari mana kita datang, kenapa kita datang ke dunia ini dan ke mana akhirnya hidup ini.

Dengan cara ini, para remaja akan mampu menghadapi segala masalah atau segala cabaran dengan penuh bijaksana dan kesabaran kerana meyakini Allah berkuasa ke atas segala-galanya.

Selain itu, remaja harus sentiasa melakukan kegiatan kerohanian agar sentiasa tenang dan tenteram dalam hatinya.

Para remaja mestilah sentiasa mendirikan sembahyang, mendampingi al-Quran, berkunjung ke masjid agar dapat mendampingi orang yang terpuji akhlaknya, berpeluang mendekati orang yang berilmu dan mendengar ceramah agama.

Dengan ini remaja akan sentiasa ingat siapa diri mereka dan apa yang mereka harus lakukan untuk bekalan di masa depan. Dalam hal ini remaja perlu tahu bahawa ilmu keduniaan yang mereka miliki tidak akan menjamin seseorang itu terpelihara daripada anasir-anasir luar.

Pendidikan agama juga perlu seiring supaya perjalanan hidup seseorang individu muslim sentiasa terarah ke jalan yang diredhai Allah sw.t.

Remaja juga harus mencari mereka yang baik akhlaknya serta ilmunya untuk dijadikan model ikutan serta sumber rujukan untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka.

Begitu juga apabila memilih kawan. Kawan sebenarnya memainkan peranan dalam hidup seseorang individu. Ini kerana jika seseorang itu silap memilih kawan, kemungkinan untuk seseorang itu terjerumus ke lembah kehinaan adalah lebih tinggi.

Kawan adalah orang yang kedua dalam hidup seseorang individu selepas ibu bapa. Lebih parah lagi apabila ada dikalangan remaja pada hari ini lebih percaya kepada kawan daripada ibu bapa sendiri.

Para remaja juga tidak boleh menjadikan tempat hiburan sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah.

Ini kerana pada zaman moden ini, para remaja Islam khususnya lebih suka mencari ketenangan dan menyelesaikan masalah dengan mengunjungi kelab-kelab malam, dan kelab-kelab hiburan di sekitar ibu kota.

Remaja pada hari ini lebih selesa mengunjungi pusat hiburan daripada mengunjungi majlis agama atau masjid-masjid. Ini kerana mereka merasakan masjid itu hanyalah tempat untuk bersolat sahaja.

Mereka tidak mengetahui bahawa masjid merupakan tempat yang paling sesuai untuk bertafakur dan memohon petunjuk daripada Allah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kesimpulan

Menurut Prof. Dr. Sidek Baba, remaja pada hari ini harus insaf bahawa dalam proses Bina Negara kita berdepan dengan persaingan yang sengit.

Negara yang maju dan negara yang membangun, banyak ditentukan oleh kualiti diri remaja dan kualiti ilmunya, Remaja harus selalu bertanya apakah sumbangan dirinya terhadap negara, bukan hanya bertanya apakah sumbangan negara terhadap dirinya.

Sumber asal: http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=6411
Disunting Oleh: Jabatan Pembangunan Remaja dan Mahasiswa, Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang

Pesanan Karam sing Walia: “Inilah UMNO, Tangan bersalut najis, masih bertanya siapa yang berak”

About these ads

17 Komen

Filed under anak, anugerah, gadis, hiburan, iktibar, Islam, moral, tragedi

17 responses to “Remaja Islam Dalam Sebuah Negara Merdeka

  1. Uztaz Makmin

    “Remaja Islam sebenarnya mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat dan negara.”

    maaf ya, bukankah “anak-anak Adam” tu termasuk semua insan, tak kira ugama, bangsa dan negara? asal manusia yang ada dari jaman-berjaman adalah Adam dan Hawa kan? Apasal nak dikhaskan pada “remaja islam” saje? bukan kah itu sudah “chauvinist” nama nya?

    itu sempit. macamanalah kami, anak-anak yang inginkan keadilan serta kesaksamaan, nak terus kan membaca tulisan kamu apabila kamu secara terang-terang mengibarkan kesempitan dan prejudis.

    kamu mau kami jadi macam kamu? sempit, penuh prejudis? tak nak.

    Ajet says: Saudara Uztaz(siapa yg beri gelaran) Makmin, dari komen yg diberikan jelas anda tidak menghayati sepenuhnya artikel tersebut. Cuba buka minda anda seluas-luasnya. Sila hayati kembali pembacaan anda dan sekiranya masih tidak dapat menghayati ataupun menyelaminya sila e-mail saya ajet_66@yahoo.com.my.

  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Ajet;

    Selamat Hari Kebangsaan. Bersama membina Malaysia ke arah negara yang benar-benar makmur lagi sejahtera di bawah redha Allah, atau dalam bahasa Al-Qur’annya: ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’.

    Wallahu a’lam bissawab.

    Ajet says:

    Walaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.

    Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50 Saudaraku Muhtar Suhaili. Sudah menjadi amanah kita sebagai ‘Khalifah” di bumi Allah untuk memahami akan tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan dalam membina keharmonian hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Tiada insan yang tidak melakukan kesilapan dan tiada insan yang sengaja yang sengaja berbuat silap untuk dirinya dan insan lain. Kalau pun ada, mungkin ia merupakan insan yang belum memperolehi kebenaran.

    Rasullah s.a.w bersabda
    “ Janganlah bercakap melebihi daripada zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah.”

    * Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
    * Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
    * Jangan bercakap di depan orang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
    * Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.
    * Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
    * Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya

  3. Uztaz Makmin

    Maaf, bagaimana saya nak menghayati tulisan Encik Ajet, pendahuluannya saja sudah mengenepikan hadirnya pelbagai kepercayaan, agama dan bangsa di negara kita.

    Mereka yang lain dari kita tidak patut dipinggirkan dari segala nukilan serta penilaian yang Encik Ajet mahu ketengahkan.

    Hanya mereka yang chauvinistik dan penuh prejudis saja yang berpelakuan begitu.

    Natijahnya, tulisan Encik Ajet amat bercanggah dari keperluan diri anak-anak melayu yang inginkan segala bentuk ummah berdiri bersama dengan aman serta saksama, tanpa prejudis dan favouritisma; serta hormat menghormati, tak kira apa pun kepercayaan yang dipegang, tak kira apa pun bangsa ibunda mereka.

    salam…

    Ajet says: Syabas, anda telah berjaya membuktikan dan memperlihatkan siapa diri anda yang sebenarnya.

    P/s : Terima kasih kerana masih sudi “menghayati” komen saya. Amal Makruf Nahi Mungkar.

    Iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari Akhirat dan kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar, baik dan buruk daripada Allah s.w.t.

    Iman juga disebut sebagai akidah yang teguh terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau dipisah-pisahkan daripada keyakinan seseorang itu.

    Pengertian iman dan akidah seperti yang disebut di atas adalah berdasarkan kepada kenyataan berikut:

    Firman Allah SWT yang maksudnya:

    “ Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama) yang kukuh teguh, yang tidak akan terombak (putus). Dan (ingatlah) , Allah maha mendengar lagi Maha Mengetahui .” (Al Baqarah : 256)

    Sabda Rasullah SAW yg Maksudnya:

    “Iman ialah bahawa engkau beriman dengan Allah, kepada malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya,kepada Rasul-rasul-Nya, kepada Hari Qiamat dan hendaklah engkau beriman kepda Qadar yang baik dan buruk.”
    (Muslim dari Umar bin Al-Khattab)

    Pengertian Iman bolehlah diambil kesimpulan bahawa:

    Tiada dikategorikan seseorang itu sebagai telah beriman dalam erti kata beriman dengan sebenarnya jika dia tidak menerima secara bersungguh atau hanya mempercayai sebahagian dari rukun iman dan menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang menolak sebahagian atau meragui sebahagian dari rukun Iman bererti dia seolah-olah menolak keseluruhan rukun iman.

    Firman Allah yg maksudnya:

    “Katakanlah (wahai Muhammad) :” Sesiapa yang memusuhi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada dihadapannya (yang diturunkan sebelumnya) serta menjadi pertunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman. Sesiapa yang memusuhi Allah (dengan mengingkari segala pertunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi malaikat-malaikat-Nya serta rasul-rasul-Nya,khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang yang ingkar.” (Al Baqarah : 97-98)

    Iman dan aqidah bukan hanya sekadar percaya kepada rukun iman, tetapi iman dan akidah mesti lahir dalam bentuk amalan dan perbuatan.

    Tidak timbul rasa keagungan, kekuasaan dan kebesaran Allah dalam jiwa seseorang itu kalau dia tidak mengenali sifat-sifat keagungan dan kebesaran serta kekuasaan Allah SWT.

    Wallahua’lam.

  4. Uztaz Makmin

    Maaf Encik Ajet, rasanya anda menyimpang dari tajuk yang kita bincangkan disini.

    Kalau nak kira dari segi, “copy-paste” ayat-ayat suci disini, sesiapa pun boleh buat, saya pun boleh berdolak-dalih, menukar arah perbualan dengan mengutarakan pelbagai petikan dari pelbagai sumber yang ada. Itu tidak memerlukan banyak usaha.

    Bukan saya memperlekehkan petikan-petikan tersebut tetapi seperti saya katakan pada awalnya, anda silap tajuk.

    Kenapa kita harus prejudis terhadap mereka yang lain dari kita? Kenapa harus chauvinistic? Adakah itu satu intisari untuk melangkah sebagai mereka yang beriman? Adakah itu satu-satu karakter utama mereka yang solehah?

    Itu tajuknya.

    p/s: identiti penulis juga tidak penting, malah ianya tidak membawa apa-apa faedah. Yang penting, satu perbincangan yang boleh membuka minda kearah yang lebih menajam, bukan menumpul fikrah.

    Ajet says: Syabas sekali lagi kerana masih sudi jengok blog chauvinistic aku ni. Simpang mana yg ko pergi? Eloklah. Didiklah anak ko dengan kenikmatan duniawi. Siapa yg lari dari tajuk? Aku tak akan sekali-kali bersekongkol dengan perkara yg mungkar. Kerana “Uztaz” sesat macam ko lah yg menyebabkan akhlak remaja islam semakin runtuh. Maksiat berleluasa. Biarlah aku menjadi chauvinistic (pada pandangan ko), asal anakbangsaku tidak terus hanyut dengan anasir jahat yg sentiasa cuba mencari ruang untuk menyesatkan akidah mereka. Amal Makruf Nahi Mungkar.

  5. Nabil

    Assalamualaikum,
    Syabas kepada anda atas isu2 yang diutarakan. Kebebasan yang byk dicedok dr ideologi barat byk mengelirukan pemikiran umat Islam. Apa yg kita buat mestilah kerana Allah dan mengikuti ajaran Islam yg suci. Islam kini semakin dipinggir, seolah2 hanya valid utk Hari Raya, Solat Jumaat, Nikah.. dan urusan selebihnya kita berkiblatkan ideologi2 songsang yg mengaburi logik kita.
    Teruskan usaha murni anda ini..

    Nabil

    Ajet says: Waalaikumsalam saudaraku Nabil. Terima kasih. Aku amat bertuah kerana telah disambut dengan kalimat suci (azan) sebaik sahaja dilahirkan. Aku dilahirkan sebagai seorang muslim. Aku tak akan lupa untuk bersyukur dan mempertahankan kesucian Islam. Amin ya rabbala’lamin.

  6. SAlaam alaikum

    Artikel yg bagus utk direnungi especially oleh para remaja.

    Ustaz makmin ni mebbe x baca habis atau terlalu cepat melatah n buat kesimpulan. Sabar ya ustaz, yang penting kita dalam misi amar makruf nahi mungkar skrg, Semoga kita dapat berbincang dengan elok sentiasa sesama Islam (saudara kita).

    Ma’assalamah :)

  7. Wah!Perbincangan yang menarik lagi hangat ada di sini. Saya terpaut dengan nukilan kata hikmat ini….
    Pesanan Karam sing Walia: “Inilah UMNO, Tangan bersalut najis, masih bertanya siapa yang berak”..ada lagikah yang baru baru….hehehe.

    Ajet says: Maaf Saudara Rastom. lambat sikit respon. Hangat lagi suasana di romantis. Apa nak dihairankan dgn tindak bertanduk UMNO! Orang yang pekak,bisu lagi butapun dah tahu. Inilah Umno, Ayam terlepas, tangan bau tahi.

  8. Wah…nampaknya saya terlambat dalam mengikuti post2 menarik dalam blog ni! Tahniah! Anda telah berjaya mendedahkan masalah remaja yang melanda di Negara BUKAN ISLAM ini. Betulkan? Ini Bukan Negara Islam, tp ni Negara ISLAM HADHARI.

    Apa yang saya faham tentang ISLAM HADHARI ni ialah, pembangunan, kemajuan dan perundangan adalah berdasarkan MINDA MANUSIA MODEN zaman ini. Bukan BERLANDASKAN AL-QURAN & SUNNAH! Jika ada orang yang tidak setuju, saya tetap mahu kata yang saya BETUL! Kenapa? Kaji sendiri! Takkan itu pun tak tahu, semua orang WAJIB tahu! Betul tak saudara Ajet?

    Hah, sebelum saya terlupa…datanglah ke blog saya untuk tengok wajah2 Remaja Islam Hadhari di negeri saya yang paling kuat iman Hadharinya ni. Negeri kesayangan saya, Terengganu Darul IMAN!

  9. rahidah maula

    saya sungguh sedih dgn remaja islam sekarang…dgn tak sengaja mampu merudumkn maruah islam..tapi saya cadangkan ustaz memberi beberapa langkah untuk kesedaran dlm diri remaja islam..yang bakal menerajui negara

    ajet says: maaf rahidah, saya bukan ustaz. sekadar menyampai dan menegur apa yang benar dan batil. inilah kewajipan kita sebagai khalifah di bumi Allah.

  10. Junaedi Abdilah

    I feel bad about all of Islam. We have no real leaders. We are too afreaid of WTO, World Bank, UNO, etc. After all, all we can do is prepare for ourselves as a good moslem and let the others see us. We hope all of people realize that only faith can save us. People now are only looking for pleasure only. Only death will make us remember that now we are too far ftrom Islam.
    So do the best things you can to improve yourself for Allah. And pray ………

  11. Zul

    Thx sebab adakan blog ni sebab saya bleh sedut maklumat ni untuk assignment saya.. teruskan usaha anda.. majulah sukan untuk negara.. salam sayang buat semua.. :)

    Ajet says: Terima kasih kembali. Gunakanlah utk jalan kebaikan…

  12. naqib

    assalamualaikum…

    alhamdulillahn saudara masih terus mamperjuangkn agama kt.. bnde2 ni sume kt kne dedahlan ngan lbih terbuka.. remaja kt byk pergi sekolah pun tidak dapat apa.. kene buat kat tempat awam nak sedarlan saudara2 kt yang lain.. harapan saya semoga umat Islam di negara ini dan seluruh dunia dapat terus yakin pada kalam Allah.. INSYALLAH.. assalamualaikum..

  13. alhamdulillah ,
    semoga saya sihat . saya ingin tahu yang ramai orang yang suka isap dadah ini menyebabkan yang ramai orang mati dibunuh auzubillah nasib kite . kite ni bukan orang yang isap dadah alhamdullilah .

  14. Nor zakiah yusof

    Assalamualaikum…..
    wah…terdapat perkembangan yang sangat berguna dalam blog nie…saya amat tertarik sekali dengan isu-isu pada masa kini..saya berharap agar remaja-remaja sekarang dapat menghayati sesuatu dalam blog nie…saya juga akan berusaha untuk mengubah diri saya…insaALLAH….teruskan usaha ustaz…

    wasalam…..

  15. Nor zakiah yusof

    Assalamualaikum…..
    wah…terdapat perkembangan yang sangat berguna dalam blog nie…saya amat tertarik sekali dengan isu-isu pada masa kini..saya berharap agar remaja-remaja sekarang dapat menghayati sesuatu dalam blog nie…saya juga akan berusaha untuk mengubah diri saya…insyaALLAH….teruskan usaha ustaz…

    wasalam…..

  16. Porno blog :
    http://hentai.erolove.in/?lilly
     nyeri menusuk tajam di kiri atas kuadran catatan harian seorang MILF gratis men-download ” tembakan bintang emas ” hi def widescreen wallpaper gadis telanjang di tumit Foto bonnie simon free porn dirt bike celana pendek wanita guia porno inzest

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s