Januari 31, 2008...12:33 pm

Lahirnya Cahayamata

Terus ke Komen

Alhamdulillah, akhirnya ‘cahayamata’ yang aku cari dan nanti-nantikan selamat ‘dilahirkan’. Maaf ‘cahayamata’ yang aku maksudkan di sini bukannya seorang anak lelaki atau perempuan. Cahayamata yang dimaksudkan di sini adalah Warisan Agro Resources (Warisan AR) yang telah selamat didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 21 Januari 2008.

Lahirnya Warisan AR menandakan bermulalah perjalananku ke arah merealisasikan apa yang telah aku rancangkan selama ini. Harapanku semoga perjalanan dan penerokaan kali ini akan mencapai kejayaan dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Amin..amin…Ya rabbal a’lamin.

4 komen


Tinggalkan jawapan