Sengeh Jap

Jelingan Ayah 

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Barang Tak Guna!!!

Chot dan bini dia dah kawen lebih 10 tahun.Satu hari time bini Chot balik dari menjenguk maknya, dia nampak Chot tgh “bedroom lambada” dgn pompuan muda dlm bilik. Dgn marah, bini Chot menghempas pintu dan berlari tinggalkan rumah. Chot mengejarnya sambil berkata, “Dengar dulu penjelasan abg. Paling tak pon sblm awak pegi, awak kena tahu punca kejadian ni.”

Agak kebingungan, bini Chot menghentikan langkah. “Tadi waktu balik pejabat, abg nampak pompuan muda ini kat tepi jln, dgn pakaian compang camping dan basah sbb hujan. Kesian nyer pasal, abg bawak dia ke rumah. Dia lapar, jadi abg bg makanan yg awak simpan di stor, yg awak tak nak lagi. “

“Pas tu, abg bg pakaian awak yg dah lama tak dipakai sbb dah kecik dan bila abg nengok dia tidak pakai selipar, abg bg selipar dia yg awak tak pakai lagi sbb dah ketinggalan zaman. Terus abg bagi dia baju hujan yg dulu abg belikan utk ulang thn perkawenan kita, tapi tak penah skali pon awak pakai sbb warnanya tak cantik,” kata Chot lagi. Chot menambah,

“Sebenarnya pompuan tu dah nak pergi tadi…”

“Habis, awat dia still ada kat sini?” soal bini Chot.

“Sblm pompuan tu pegi tadi.. dia sempat tanya… “Ada lagi tak brg lama yg tak pernah lagi diguna oleh isteri Encik?”
Sex Di Pejabat

Hari pertama Chot kerja jadi Pak Guard, dia dapat tangkap 2 org staf sebab melakukan sex di dalam pejabat.

Chot: Aha! Ini dah menyalahi undang-undang syarikat!

Lelaki: Undang-undang apa?

Chot: Tak pakai uniform!.

Kambing dan ayam

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak…
Bermalam di rumah janda

“Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke
rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada
malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya
yang sunyi itu. Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal
bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya.
Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.
Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

“Mahukah saudara ditemani?” soal janda tersebut dengan nada yang manja.

“Kalau ada yang sudi, apa salahnya!” balas pemuda itu dengan hati yang
melonjak-lonjak.

“Baguslah,” kata janda itu pula. “Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang
hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama
saudara…””

Haha..korang tgh pikir ape hah?ish…ish..x baik laa

Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik.”
Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…

Mengapa pelajar pompuan melayu jer kena histeria??

Message: Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salahnya… … ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!” Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab… “”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”” “”Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… “”
“”Aduhai…

kekekeekeeee…


Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, “Bang, lampu di halaman depan dah terbakar
tolong ganti yang baru ye”.

“Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?” jawab Akob.

“Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar”, minta isteri Akob lagi.

“Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?”, jawab Akob mengelak.

“Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas”, kata isteri Akob.

“Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas”, jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya “Awak minta tolong pada siapa…?”.

“Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat”.

“Apa syaratnya?”, tanya Akob ingin tahu.

“Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya”.

” Jadi awak buat roti apa untuk dia?”, tanya Akob.

“Buat roti…?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke…?!!!”

sumbangan : LelakiyanglalukatdepanrumahAkob


Cucu

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya…

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak…. nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani…

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

“Kenapa engkau menampar muka sendiri?”

Jawab si ayah “Anakku dipukul orang … dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu.”


Raja

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu.
Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.
Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …
itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego,
raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk,
dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula,
keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni.
Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk.
Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.
Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.

“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya,
dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya…
raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.
Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya,
maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya budak tu jawab,

“Nak kena jentik lagi…??”

Rawatan Kecemasan

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar…
“Puan ketepi…! Biar saya yang buat… saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!”

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya… Jelas lelaki itu belum begitu mahir… Lalu…dengan tenang wanita itu berkata.

“Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini.”

Kenapa tak ketawa

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

” Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu.

“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat.

“Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi.

“Tidak..”, jawab wanita itu.

“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? ” getusnya.

Jom bunuh syaitan!

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu
menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya
sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain…. …

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan
yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. “Abang, abang nak tau tak,
ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut
akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan”. Kata si suami “yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat,
masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg” sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata “banggg, jom kita bunuh syaitan… bang”. Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian,
si isteri berkata “banggg, jom kita bunuh syaitan… bang”. “tak pe…tunggula malam”. Esoknya si isteri berkata “banggg, jom kita bunuh syaitan… bang”.
Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata “banggg, jom kita bunuh syaitan… “.

Si suami tiba – tiba marah dan berkata ……….

“Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang”

—————– sumbangan : Liza

Citer orang sakit

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah
dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat.
Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:
“United Kingdom…”

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: “Malaysian…”

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: “James…”. Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: “Mamat…”.

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. “Birmingham…” kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: “Kuala Kangsar…”. Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: “Cancer…”

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: “Capricorn…!”

PENJAGA LANDASAN KERETAPI

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

“Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri.

“Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,”jawab Sarjo.

“Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?”tanya Pak Basri lagi.

“Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”.

“Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?”.

“Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat.”

“Kalau telefonnya sedang digunakan?”

“Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?”

“Kalau telefon awam rosak?”

“Saya akan pulang menjemput nenek saya.”

“Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri kehairanan.

“Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar.”

————– sumbangan : NajOne

NENEK JUAL TOPI

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..’mengerat’ orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni … diperbuat dari rumput ‘menerung’ kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket…) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari ‘rembang’, jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia…dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqeh’. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia …’aik!! mana pi topi aku semua?’.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh…sqoh..sqeh’ tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas…Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat- dekat nak ‘give-up’ juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng… jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa…Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la ‘keterer an’ dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi ‘sqoh..sqeh..sqoh..sqehh’ kat atas pokok tuu…..hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya ‘bodoh juga monyet2 ni..’..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, “hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk…?”


Nak Ikut….18sx

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.
Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada siMama.

“sayang, abang nak lagi, yang”.
“Ya bang… tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?”
Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.”Pit… dah tidur kau pit?.”
“belum Papa… tengah baca buku.””Sudah…esok saja, dah malam, tidur!!!!”
Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi.

“Pit…. dah tidur kau Pit?.”
“Belum….” Si Papa marah dan memukul si Apit.

“Disuruh tidur….tidurlah!!!” sehingga kening si Apit benjol.
Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol dikeningnya.
Berceritalah si Apit dari awal sampai dia
dipukul papanya.

Lalu gurunya pun mengajar Apit “Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja….ya.”
“Ya….cikgu”. jawab si Apit.Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.
“Sayang, abang nak lagi.””Ya bang…..tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum”

“Pit…..dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia
diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

“Apit….dah tidur kau Pit?” ulang Papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terusmematikan lampu.. jadilah gelap gelita.
Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya.

Terjadilah ‘pertarungan’ antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.Tak lama
kemudian dia dengar suara Papanya.”Yang…abang nak keluar ni”,”Ya….bang kita keluar sama-sama”, dia dengar
suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak;

“Apit nak ikutt..Apit nak ikuttt”
Esoknya….APIT BENJOL LAGI……

CINTA NENEK

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin.Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu
perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.
Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, “Saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja nie nek!”.
“Yg kau telanjang tu nape!!!???” marah si nenek.
“Ini la BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya.
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.
“Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap enek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya
nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru isteri melayan sang suami.Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea … Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya sudah tentu dia dpt mengeratkan hubungannya dgn si atok yg sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,
mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si
nenek tadi pun menunggu si atok pulang.
beberapa ketika si atok pun pulang,Sebaik saja pintu di buka, si atok
mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.
“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si atok tadi.
“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!”
Kuang….kuang….kuang…!!!!


MENGONG

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.
Terus dia berkata : “Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?”
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, “Iya, nampak. “Satu kampung tu
itu…habiissss aku kerjakan!!!!”
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.
“Nkorang nampak Bandar tu ?”, katanya dengan muker yg kerek “Iya,
nampak”, yang dua ngangguk juga. “Satu bandar itu juga habiiissssss!!!”,kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram,” ha ha ha hah”.
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya…
Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, “gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power”. Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , “Nkorang nampak tembok batu tu ?”
“Nampak! Nampak!”, kata yang 2 ekor tu…
“Err aku tadi tak nampak.. tu pasal muka aku berdarah terlanggar tembok.

LAWAK MAN TAPAH

PART I

Che’gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che’gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che’gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che’gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. “Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah”. “Oh Che’gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che’gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che’gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che’gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che’gu Berahim pun bertanya,
Che’gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III

Che’gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Che’gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek didapur.
Che’gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Che’gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Seperti biasa, Che’gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che’gu Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar bab”cara berwudhuk”Selepas mengajar, beliau (Che’gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che’gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che’gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che’gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che’gu : Allahhuakbarr!!!

PART V

Che’gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che’gu
Che’gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che’gu…
Che’gu Berahim: uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

AKTA 15

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…

Hamid : “Kita nak kemana nie?
Rosni : “Tak kisah la.. mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : “Saya ok aje..”

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas… Rosni masih tidak membantah… hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. “Abang Hamid… ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial” Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : “Maafkan saya”
Rosni : “Tak apa”

Lalu mereka pulang… Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya…

“Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja”

BERTENGKAR

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

“Kenapa ? ” lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
” Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! “

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
” Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! “

Siisteri:???

KARANGAN BUDAK DARJAH 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia
melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.

Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging danpeniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s