Sekali Bongkok Sekali Nampak Punggung

gelap.jpg

Kali ini gambar digelapkan. Sebabnya? Cukuplah untuk hari ini. Tak tahulah sudah berapa kali. Tak larat nak kira. Kalau kira pun buat apa. Banyak benda lain yang lebih bermakna daripada mengira $#@*%.

Sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Alah membeli menang memakai. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Masalah apa pulak ni?

Putih. Hitam. Tak berapa putih. Tak berapa hitam. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Sawo matang. Cokelat. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Anak orang bandar. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Anak orang kampung. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Isteri orang. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Emak orang. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Masalah apa pulak ni?

Gara-gara mengikut trend, kadangkala kita sendiri yang jadi mangsa. Yang ikut trend jadi mangsa, yang melihatnya jadi mangsa. Mungkin yang melihatnya jadi pemangsa. Apa tidaknya. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Kenapa? Agaknya tak cukup wang untuk beli kain lebih. Kesian. Ramai yang menaruh harapan. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Tapi, fesyen ini jauh lebih mahal, sebab ia fesyen terbaru. Walaupun kainnya nampak tak cukup, ia rekaan pereka terkenal. Tengok tu. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Suka tengok? Masalah apa pula ni?

Ibu bapa awak mana? Awak orang mana? Berapa umur awak? Kenapa awak ada kat sini? Sapu tangannya jatuh, dia membongkok. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Penat berdiri. Inikan ada tempat duduk. Duduklah. Lama lagi bas tu nak sampai. Dia membongkok sambil mengesat bangku. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Oh, tali kasut pulak terbukak. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Lucu? Apa nak dilucukan? Ini kan fesyen. Awak orang tua apa tau? Kita orang mudalah. Jangan ingat kita pakai macam ni kita teruk sangat, orang pakai %4#*^$ lagi tak senonoh perangai mereka. Dia membelakangi orang tua itu sambil membongkok. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Masalah apa pula ni?

Pusat? Pusat nampak tak? Oi.. Pusat kat depanlah.. Punggung kat belakang.. Mana boleh nampak sekaligus. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Tu aje. Bukankah punggung tu aurat? Hah? Oh, memanglah, kalau pusat pun dah aurat. Punggung lagi pulaklah.. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Uish! Jumudnya orang tua ni. Sekali membongkok, sekali nampak punggung pun tak boleh! Masalah apa pula ni?

Sudah berapa banyak kumpul dosa kering hari ini? Yalah. Tengok tak boleh, tak tengok pun rasa rugi pulak. Muda ada, tak berapa muda ada. Tak tahu bahawa tak muda pun ada. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Uish! Tak malu ke? Malu hape nye? Malu.. Em Ei Ma El Yu Lu… Malu.. Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Ini orang Barat ke orang Timur? Sekali membongkok, sekali nampak punggung. Masalah apa pula ni?

Nota: Artikel berbentuk prolog yang ringkas ini aku paparkan bagi mencairkan otak kita supaya dapat berfikir supaya dapat memecahkan tembok kekalutan dan kenaifan anakbangsa kita dalam menilai erti kehidupan.

1 Komen

Filed under gadis, hiburan, iktibar, moral, tragedi, wanita

One response to “Sekali Bongkok Sekali Nampak Punggung

  1. skali bongkok, nmpk punggung…
    apa nk jadi ngan wanita skrg ni…
    ish-ish…
    hidup AJET!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s