Aku Cuma Ingin Hidup Dalam Kesederhanaan

 Lama sungguh aku menyepikan diri. Bukan ingin lari atau menghilangkan diri dari sesiapa. Aku sebenarnya baru selesai “berkhalwat”. Bukan khalwat yg tut..tut.. tapi memencilkan diri demi mendapatkan ‘cahaya’ yang aku rasa semakin malap. Aku inginkan kesederhanaan dalam kehidupan. Disamping itu aku juga inginkan ‘kesenangan’.

Kesenangan yang bagaimana? Aku bukan mengejar kemewahan tapi ‘kesenangan’. Senang untuk bergerak. Senang untuk makan. Senang untuk tidur. Senang untuk beribadat. Senang untuk beramal. Aku ingin sederhana dalam kesenangan.

Aku ingin hidup sederhana. Ia sesuai dengan hadis Rasulullah SAW iaitu “Sebaik-baik urusan adalah bersederhana”. Walaubagaimanapun, kehidupan sederhana yang bagaimana yang boleh kita contohi?

Secara realiti, aku sukar membayangkan taraf ekonomi yang bagaimana dan model kehidupan yang bagaimana yang dianggap sederhana di bandar yang sibuk ini. Adakah gaji RM 2000 dianggap sederhana? Atau tinggal di rumah pangsa dianggap lebih bersederhana daripada tinggal di rumah 2 tingkat? Adakah seseorang guru yang menerima gaji RM 3,000 lebih bersederhana daripada seorang jurutera minyak yang berpendapatan RM 12,000? Atau bersederhana lebih bermaksud perbelanjaan kita yang terkawal melebihi pendapatan? Apakah definisi kesederhanaan anda? Siapakah yang meletakkan konsep kesederhanaan ini?

Bolehkah anda dikira orang yang bersederhana tetapi gaji anda sentiasa tak pernah cukup dan terpaksa meminta-minta? Adakah anda bersederhana kerana anda tinggal di Kota Kuala Lumpur, mempunyai 5 orang anak yang bersekolah dan terpaksa mengambil 2-3 kerja dalam satu-satu masa untuk meningkatkan pendapatan? Adakah anda bersederhana? Begitu sukar untuk menetukan takrif sederhana.

Adakah seseorang yang duduk di sebuah kampung pendalaman di Kedah misalnya mempunyai sebuah rumah banglo besar 7 bilik di dalam sebidang tanah yang luas, lengkap dengan tanam-tanaman dan mengalir di tanah itu satu sungai yang cantik hidup di dalam lebih besederhana berbanding dengan mereka yang tingggal di Damansara Height yang hanya mempunyai banglo 5 bilik dengan keluasan tanah sekadar 6000 kaki persegi sahaja?

Apakata sekiranya aku ingin mencadangkan satu konsep sederhana yang bersederhana. 10 cadangan aku untuk model bersederhana ialah:

1. Pendapatan saya mestilah cukup untuk membayar rumah tempat aku tinggal, sebuah atau dua buah kereta, bil-bil utiliti. Malah terdapat baki 10%-20% untuk aku simpan daripada keseluruhan pendapatan untuk tujuan hari tua dan kecemasan. Yang paling penting saya tak perlu meminta-minta.

2. Mempunyai simpanan pendidikan untuk anak-anak.

3. Mempunyai insuran perubatan untuk diri dan keluarga

4. Mempunyai simpanan tunai kecemasan sebanyak RM 50,000.

5. Mempunyai simpanan RM 100,000 di dalam bentuk pelaburan di tabung-tabung amanah.

6. Mempunyai dua buah hartanah berbentuk rumah yang disewa tidak termasuk rumah yang diduduki.

7. Mempunyai simpanan KWSP yang berjumlah RM 1,000,000 sebaik sahaja bersara pada umur 60 tahun yang boleh menjana pendapatan pasif RM 8,000 sebulan selepas bersara supaya aku tak perlu memohon bantuan kewangan daripada anak-anak.

8. Mengerjakan haji pada umur 50 tahun atau lebih awal. Aku dan isteri melaksanakan umrah setiap 3 tahun jika umur kami panjang.

9. Selepas bersara, dengan wang simpanan, aku boleh memberi pinjaman pendahuluan 20% untuk anak-anak membeli kereta atau rumah supaya mereka tidak perlu membuat pinjaman persendirian yang dikhuatiri berunsur riba. Aku boleh memberi pinjaman wang kepada mereka sekiranya mereka tiada duit tetapi mahu berkahwin tanpa mereka perlu membuat pinjaman persendirian di bank-bank.

10. Aku boleh membayar zakat pendapatan tanpa gagal.

Ini adalah contoh kesederhanaan yang mungkin kita boleh capai sekiranya berusaha. Tanpa usaha, usahlah bercakap tentang hidup bersederhana. Hidup tanpa meminta-minta adalah satu kesederhanaan. Adakah anda rasa hidup anda sederhana sekiranya anda perlu meminta simpati anak-anak anda ketika anda tua?

Ini juga sudah tentu bukan kaya kerana orang kaya tentu mempunyai lebih banyak harta dan rumah daripada apa yang aku cadangkan. Mempunyai 3 buah rumah adalah sesuatu yang sederhana dan kita boleh capai InsyaALlah. Kesederhanaan yang aku cadangkan ini sekadar untuk kita hidup tidak meminta-meminta ketika tua. Cukup wang untuk kita melaksanakan ibadah dan malah boleh membantu kepada mereka yang memerlukan.

Di dalam buku Sdr Azizi Ali iaitu Pesara Jutawan, perangkaan dan statistik yang dikeluarkan begitu memeranjatkan. Hampir 60% daripada pesara yang berumur 56 tahun ke atas cuma mengharapkan wang KWSP mereka yang tak melebihi RM 100,000 selepas bersara. Sekiranya dilanjutkan usia sehingga 75 tahun, mereka terpaksa mengharungi hidup sukar tanpa wang. Itu belum dikira mereka yang telah menghabiskan wang mereka di dalam sekelip mata kerana gagal di dalam perniagaan dan melabur di dalam pelaburan skim cepat kaya. Itu juga tidak dikira mereka yang tidak mencarum KWSP. Mereka ini bukan hidup secara sederhana, tetapi hidup di bawah paras sederhana!

Cuba bayangkan perkara di atas berlaku kepada anda di saat anda tidaklagi mempunyai kudrat untuk bekerja. Mari kita berusaha untuk mencapai kesederhanaan itu. Berdoalah kepada Allah agar rezeki yang kita pohon juga penuh dengan keberkatanNya.. AMIN

ps: petikan dari blog drazwan yang telah aku edit supaya bersesuian dgn situasi semasa aku. (sorry drazwan)

2 Komen

Filed under anak, anugerah, jutawan, minda, panduan, tazkirah

2 responses to “Aku Cuma Ingin Hidup Dalam Kesederhanaan

  1. khairulnizambakeri

    Duit, duit.
    Di mana kau duit?

  2. ya. kesederhanaan. zuhud. antara konsep yang sering disalahertikan oleh Muslim hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s