DILEMA MELAYU “BUNUH DIRI”

Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.

Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut kitab Islam, Kristian, dan Yahudi, membunuh diri adalah satu dosa besar.

Dewasa ini sudah acapkali kita terdengar, terbaca dan terlihat di kedai kopi, di akhbar dan di kaca TV berita tentang orang Melayu “Bunuh Diri”. Sebuah Akhbar tabloid harian pada 15 Oktober … menyebut ia sebagai ‘tragedi dirancang’. Muka hadapan akhbar ini dipetik sebagai berkata, “Tiada apa-apa yang nak diceritakan, mak. Tapi tunggulah kerana segala-galanya akan diketahui pada hari raya nanti,”demikian kata Allahyarham Shamsul Hadi Yaakob, 32, kepada ibunya.

Benar seperti dikata, dia dan dua anaknyam Nor Malissa Nasuha, 7 dan Muhammad Fariz Hilmi,2, ditemui mati terminum racun pada hari raya pertama. Shamsul turut meninggalkan wang RM380 dalam dompetnya untuk urusan pengebumian mereka.

Akhbar ini dipetik sebagai berkata, tiga beranak ini ditemui mati di pangsapuri Taman xxxx Rxx, Jalan Kelang Lama, Petaling Jaya Selangor.

Ketika ditemui, difahamkan Shamsul berada dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat mencederakan dirinya dengan sebilah pisau manakala mulut kedua-dua anaknya berbuih.

Polis juga menemui satu nota yang berbunyi:”Maafkan abang ke atas apa yang berlaku” dipercayai ditulis Shamsul kepada isterinya. Sebak apabila melihat, dua orang kanak-kanak yang masih suci dan bersih turut menjadi ‘korban’ kerana masalah dalaman di antara ibu dan bapanya.

Pada Jun 2xxx yang lalu, seorang ibu Melayu yang beragama Islam terkejut apabila anak remajanya yang berusia 15 tahun terminum racun di bilik tidurnya. Ibu ini tidak menjangka sikapnya yang menegur dan memarahi remaja terbabit kerana bergaul dengan rakan yang dikatakan tidak bagus akhlaknya berakhir dengan satu tragedi.

Kemudian, pada 26 September 2xxx, di Marang Terengganu, Siti Aishah Sharif, 24, nekad minum air di dalam bekas racun akibat tertekan. Bagaimanapun usianya masih panjang dan sempat diselamatkan.

Menurut akhbar harian tabloid yang sama dipetik sebagai berkata, Siti Aishah Sharif minum racun disebabkan tertekan.Dia dikatakan bertengkar dengan ibunya, Senah Tahar 54 tahun di rumahnya di Kampung Pxxxx Kxxxxxxx.

Anak bongsu ini adalah anak harapan untuk menjaga ibunya semasa tua nanti dan tidak menjangka teguran terhadap sikap anaknya itu membawa kepada insiden tersebut

Mungkin untuk ‘meredakan’ keadaan kepada keluarga mangsa yang masih hidup dan bersikap ‘lunak’ kepada pandangan orang-orang Melayu terhadap insiden ini, akhbar harian berbahasa Melayu menggunakan perkataan ‘ter’ yang disifatkan ‘tidak sengaja’.

Apa juga tindakan ‘tidak sengaja’ dianggap masih boleh dimaafkan walaupun mungkin sesuatu insiden tidak bersikap demikian.

Mungkin juga terdapat insiden orang Melayu yang beragama Islam bertindak ‘membunuh diri’ tetapi tidak disiarkan oleh media atas faktor tertentu. Ia mungkin dirahsiakan oleh keluarga, penduduk setempat dan mungkin juga media tidak sempat ‘menghidu’ isu tersebut atau tidak dibenarkan menyiarkannya.

Sebuah akhbar harian keluaran 21 Oktober 2xxx lalu dipetik sebagai berkata, penyakit berkaitan kesihatan mental di negara ini diibaratkan sebagai bom jangka yang boleh meledak pada bila-bila masa berdasarkan kira-kira 20 peratus rakyat negara ini menghidap tekanan perasaan kronik.

Akhbar ini yang mengambil kenyataan Ketua Jabatan Psikologi Perubatan Universiti Malaya, Professor Dr Mohamad Hussian Habil berkata, dari jumlah itu hanya 0.5 peratus mendapatkan rawatan dipercayai disebabkan pelbagai faktor termasuk tidak mahu dianggap gila dan faktor kewangan.

Beliau dipetik sebagai berkata, pesakit mental kronik ini jika tidak dirawat segera berkemungkinan besar boleh melakukan perkara di luar dugaan termasuk mencederakan diri sendiri atau membunuh orang lain.

Dr Mohamad Hussain menambah, tekanan perasaan yang tidak terkawal mendatangkan keganasan dan kebanyak kes pembunuhan serta keganasan tidak membabitkan pesakit jiwa tetapi dilakukan individu yang gagal mengawal tekanan dan emosi termasuk kanak-kanak.

Bagaimanapun pandangan yang tersiar di akhbar ini tidak menjelaskan kaum mana yang tertinggi daripada 20 peratus yang menghidap tekanan jiwa.

Apa yang penting sekarang insiden ‘bunuh diri’ atau menyelesaikan masalah peribadi dengan ‘minum racun’ atau bahan terlarang secara mudah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam di tahap yang membimbangkan.

Kita merasa hairan bagaimanakah perkara ini boleh berlaku di dalam sebuah negara Islam seperti yang didakwa oleh para pemimpin kita.

Apakah yang berlaku kepada orang-orang Melayu sekarang? Apakah mereka tidak pernah mendapat pendidikan Islam dari peringkat asas lagi? Atau menganggap Agama Islam sama dengan Agama lain di dunia ini?

Sesetengah pemimpin kita ‘sibuk’ dengan ajaran sesat. Dan sememangnya hak mereka berbuat demikan. Kita juga telah bersatupadu apabila ada umat kita yang keluar akidah demi mempertahankan Agama Islam yang mulia ini.

Kita seringkali menyebut kebimbangan statistik bilangan orang Melayu yang keluar Islam.  Kita cukup peka dan sedikit sebanyak ia amat`merisaukan’. Perlu difahami, kita mentaati agama Islam tidak seperti penganut agama lain. Kita patuh kepada Agama kita bukan seperti masuk ke kelab malam:- hari ini masuk dan esok keluar.

Kita perlu menjadi umat yang taat walau menghadapi apa juga cabaran dan dugaan. Tetapi kini kita terleka sedikit apabila orang Melayu yang beragama Islam membunuh diri sebagai penyelesai masalah.

Kita alpa inilah musuh senyap yang tidak kita sedari setelah berlaku secara terbuka yang didedahkan oleh pihak media. Apa yang lebih membimbangkan musuh-musuh Islam sudahpun mengetahui mengenai fenomena ini.

Walau apapun alasan kita sudah tidak boleh lagi membiarkan perkara ini berlaku dan terus berulang. Kita tidak mahu kerana terleka sedikit ia menjadi ‘barah’ kepada genarasi akan datang. Para dai’, para guru, para pemimpin Agama dan para pemimpin politik atau sesiapa sahaja yang sayangkan Agama Islam perlu bersatu mengembeling tenaga mengambil pelbagai kaedah dan kebolehan masing-masing memberi kefahaman mengenai ajaran Islam yang sebenar kepada bangsa Melayu sekarang.

Hanya ulama dan cendekiawan Islam yang mampu memberi penjelasan hukum-hakam mengenai orang Islam yang membunuh diri dan impak yang bakal dihadapi di akhirat kelak. Mereka juga orang yang berupaya dan berkemampuan menjelaskan Islam sebagai ‘the way of life’.

Selepas kita menimba ilmu di angkasa dan digunakan sepenuh publisiti oleh para pemimpin Umno kembalilah kepada realiti nyata. Lihatlah kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Lihatlah apa yang sedang berlaku di muka bumi yang bernama Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam dan negara di dalam OIC.

Apa pun masalah yang dihadapi perlu diselesaikan mengikut lunas-lunas Islam dan bukannya mengikut sentimen peribadi. Semua umat di dunia mempunyai masalah dan hanya Islam menjadi penyelesai kepada segala masalah ini.

Tetapi kenapa ini tidak berlaku kepada cara berfikir pemimpin Melayu dan orang Melayu yang mengaku dirinya sebagai orang Islam?

Seorang tokoh Islam pernah menyebut; kemajuan dan kekuatan umat Islam bukanlah dengan cara meninggalkan Agama-Nya kononnya mengikut arus moden tetapi kembalilah kepada Islam, kita akan berjaya. Insyaallah..

Tinggalkan komen

Filed under 18SX, iktibar, Islam, melayu, moral, Murtad, panduan, tazkirah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s