Duniaku

tit-pantunguri.jpg (15508 bytes)

adat.pantun.jpg (16718 bytes)

Gurindam Jiwa Merana
Hati gundah gulana,
Terseksa jiwa merana,
Tak terperi kesakitan,
Tanpa kesudahan

 

Hati gundah gulana,
Jiwa meronta-ronta,
Apakah indah apakah kerana,
Jiwa ku meminta minta,

 

Hati gundah gulana,
Sakitnya tidak terperi,
Lemah badan tidak kerana,
Sakit bukan umpama duri,

 

Hati gundah gulana,
Sakit nian tak bermadah
Bilakah akan bernoktah,
Terseksa jiwa merana.

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan nama terbilang
Yang kecil maka bernama
Yang besar maka bergelar
Yang lelaki serukan tuah
Yang perempuan serukan sunah
Untung sudah melambung
Laba sudah berhitung
Kalau ke laut pecah perahu
Kalau ke darat pecah periuk
Kalau cicir hendak dipungut
Kalau hilang hendak dicari.

Sehari ada sehari bernama
Sehari berhutang kepada ibu bapa
Hutang di atas enam syarat
Pertama kerat pusat, kedua upah bidan
Ketiga sunat Rasul, keempat tindik telinga
Kelima serahkan mengaji
Keenam carikan pasangan.
Ibarat labu menjalar ke hulu
Ibarat kundur menjalar ke hilir
Pangkalnya sama dipupuk
Pucuknya sama digetis
Buahnya sama ditarik
Ke bukit sama didaki
Ke lurah sama dituruni
Ke laut sama direnangi.

Kalau mendapat sama laba
Kalau hilang sama merugi
Kalau mengukur sama panjang
Kalau membilang sama laweh
Kalau beragih sama banyak
Kalau menimbang sama rata.

Duduk meraut ranjau, tegak meninjau arah
Hari sehari dipertiga
Malam semalam diperempat
Nan kini bukan besok
Nan besok bukan kelmarin
Menyambung mana yang pendek
Menjinakkan mana yang liar
Merapatkan mana yang renggang
Menyelesaikan mana yang kusut
Menyisip mana yang bocor
Melantai mana yang lapuk
Membaharui mana yang usang.

Amanat kalau tidak dipegang
Ke atas tidak berpucuk
Ke bawah tidak berakar
Di tengah digirik kumbang
Bagai kerakap tumbuh di batu
Hidup segan mati tak mahu.

Nan diarah nan dieja
Nan ditilik nan ditimang
Nan sebaris tiada lupa
Nan setitik tiada hilang.

Kok mandi biar dihilir-hilir
Kok mengecek biar di bawah-bawah
Sudah lama kaji tidak berulang
Sudah lama jalan tidak bertempuh
Kok tersinggung dek naik
Kok terlentung dek turun
Kok kurang ririknya bak batu
Kok kurang susunnya bak sirih
Habis cupak berkerelaan
Cupak kok kurang tolong penuhkan
Kata kok sesat tolong tepatkan
Jalan kok berkelok lapangkan angguk.

Penakik pisau seraut
Ambil galah batang lintabung
Seludang buatkan nyiru
Setitik jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru
Berilah maaf sebanyak-banyaknya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s