Manusia Mudah Lupa

Pernahkah kita bersyukur dengan apa yang ada. Berapa kerap kita melafazkan kesyukuran atas kenikmatan yang kita kecapi selama ini. Berapa banyak kenikmatan yang kita perolehi tanpa perlu membayar walau satu sen pun. Kita acapkalinya mudah lupa dan lalai untuk mensyukuri segala yang telah dikurniakan. Kesedaran serta keinsafan seringkali lahir apabila kita ditimpa sesuatu musibah. Kisah ini mungkin dapat memberi kesedaran kepada kita akan bertuahnya kehidupan yang dilalui selama ini…….

Disebutkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 60-an yang sudah tidak bekerja lagi seringkali mengadu kesakitan pada bahagian kiri dadanya. Tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, penyakit tersebut kian menjadi-jadi. Atas pujuk rayu serta nasihat isteri dan anak-anak maka lelaki tersebut pergi mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang sakitnya itu.

Telah ditakdirkan dengan kehendak Ilahi, lelaki tersebut disahkan menghadapi penyakit jantung. Namun, syukur kehadrat Tuhan kerana penyakit tersebut masih di peringkat awal dan perlu disegerakan rawatan dengan melakukan pembedahan bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.

Setelah berbincang dengan ahli-ahli keluarga maka lelaki tersebut bersetuju untuk menjalani pembedahan. Maha Suci Allah, pembedahan tersebut berjaya. Semua orang bergembira dan meraikan kejayaan tersebut. Namun, bila melihat akan kos pembedahan dan rawatan, lelaki tersebut menangis…Terlalu hiba hinggakan sukar untuk berkata-kata.

“Encik, jangan terlalu sedih. Kalau encik perlukan bantuan kewangan, kami boleh uruskanprocedur untuk dapatkan diskaun malahan encik boleh memohon sumbangan daripada tabung yang hospital kami sediakan bagi membiayai sedikit sebanyak kos ini, jika encik layak” Kata doktor yang datang menghulurkan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.

Selang beberapa ketika, lelaki itu menjawab “Saya menangis bukan kerana melihat angka yang besar ni doktor, tapi apa yang membuatkan saya hiba, apa yang menyebabkan saya menangis adalah bila saya teringatkan bahawa Allah tidak pernah menghulurkan sebarang bil untuk bayaran  selama saya hidup. Dia tidak pernah meminta bayaran untuk mata saya ini. Belum pernah untuk tangan saya, mulut dan kaki saya. Allah juga belum pernah menarik mana-mana nikmat pancaindera saya sehingga sekarang.  Jika kerana jantung yang baru sahaja sakit beberapa bulan lalu ini memerlukan saya membayar sejumlah besar wang kepada manusia, maka tidak dapat saya bayangkan betapa banyaknya hutang dan bayaran untuk saya langsaikan dengan Allah jika dia meminta untuk membayar semua organ, anggota dan nikmat selama 60 tahun ini! “

Suasana menjadi kelu seketika. “Sesungguhnya Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang !” kata doktor tersebut sambil berjalan keluar daripada wad…

 

p/s: Petikan dari http://beliacergas.com/?p=1687#more-1687

 

1 Komen

Filed under 18SX, anugerah, iktibar, Islam, Keagungan Allah, melayu, moral, tazkirah

ABAH BUAT MAMA BOLEH!!!

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah si ayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang…

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

2 Komen

Filed under 18SX, anak, iktibar, moral, Uncategorized